Selasa, 21 Julai 2009

Testimoni 3: Macam orang bisu

Ain, 14 tahun, anak saudara saya sendiri. Tanpa disedari oleh ibu bapanya bahawa anak daranya ini sebenarnya mengalami masalah. Namun sebagai ayah dan ibunya, sedar, Ain, anaknya ini seperti tidak pernah berpeluh, dan tempoh haidnya juga terlalu panjang. Itulah yang diberitahu kepada saya.

Atas sebab-sebab itu, maka dicubanya berterapi, setiap kali datang bertandang ke rumah. Namun sesi terapinya tidak tetap, hanya bergantung kepada kekosongan mesin terapi yang ada. Mesin terapi ini memang saya sewakan kepada yang berhajat, dengan mengenakan sedikit bayaran.

Setelah 2 minggu menjalani sesi terapi secara sambilan ini, suatu hari ibunya terkejut bagai tidak percaya, apabila didapatinya anaknya seperti seseorang yang lain. Ain yang dianggapnya oleh ibu bapanya sebagai seorang anak yang pendiam, telah berubah menjadi seorang anak yang banyak cakap. Namun ibu bapanya masih belum dapat menerima hakikat itu.

Hajatnya, mereka menyuruh anaknya menjalani terapi untuk tujuan masalah yang tersebut di atas tadi, iaitu masalah tidak berpeluh dan tempoh haidnya yang panjang itu tidak menarik perhatian mereka lagi. Mereka masih memikir-mikirkan fenomena baru yang terjadi.

Untuk kepastian, saya bertanyakan pelbagai masalah. Antaranya, yang saya perlu fokuskan ialah betulkah cerita ini? Dari cerita ibu bapanya, Ain memang sejak kecil lagi, tidak banyak bercakap. Misalnya, dalam kereta, anak bongsunya, Didi, 8 tahun, seorang sahaja yang banyak bercerita dan banyak tanya, sementara Ain hanya pasang telinga. Ayahnya, seorang juruteknik di sebuah kilang elaktronik di Batu Pahat, rajin berkebun pada waktu-waktu petang. Ain, walaupun perempuan, sering juga membantu ayahnya mengutip buah kelapa sawit yang lerai. Sepanjang ia membantu itu, memang tidak bercakap. Dia menurut sahaja arahan ayahnya, tanpa sepatah kata, hingga kerjanya selesai. Begitulah pendiamnya Ain ini.

Setelah anaknya mengalami perubahan tersebut, barulah ibunya pecah rahsia. Ceritanya, sewaktu Ain masih berumur sekitar hampir 1 tahun, dia pernah terjatuh dan kepalanya terhantuk ke batu, sewaktu mengikut ibunya mengangkat kain di jemuran di luar rumah. Lukanya tidak membimbangkan. Ibunya tidak pula ambil pusing juga.

Bagi saya, Ain telah mengalami gangguan saraf di kepalanya, yang menyebabkan dia kurang bercakap. Jadi dengan menjalani terapi ini, dia telah pulih.

Testimoni 2: Kejang kaki 8 tahun

Seorang pesara tentera, 72 tahun, sudah 8 tahun mengalami kejang kaki. Pergerakannya bergantung kepada dua batang tongkat, kerana kaki kanannya tidak berfungsi. Keadaannya kejang dan tidak boleh digunakan untuk berjalan.

Dimaklumkan beliau pernah tertembak di sekitar bahagian lutut kanannya. Sebagai anggota tentera, beliau telah menjalani rawatan secukupnya di hospital. Namun keadaannya tidak dapat pulih seperti sediakala, walaupun boleh berjalan seupayanya.

Sejak 8 tahun lalu, keadaan kakinya semakin serius. Kakinya seperti kejang, tidak dapat dibengkokkan. Maka beliau terpaksa bertongkat untuk berjalan dan menjalankan aktiviti hariannya.

Beliau telah menjalani terapi selama 3 hari berturut-turut, yang setiap kalinya, selama 1 jam. Alangkah bersyukurnya, pada hati ke-4 beliau menceritakan yang kakinya sudah sembuh dan boleh menonggang basikal keliling rumah. Sejak itu beliau sudah tidak muncul untuk terapi lagi. Rasa-rasanya, bagaimana keadaan beliau?

Testimoni 1: Gaut kronik

Sairan, 72, sudah 2 minggu terlantar di perbaringan akibat penyakit gaut. Pergerakannya untuk mandi, ke tandas, mengambil wuduk, dan sebagainya terpaksa bergantung kepada isterinya. Anak-anaknya jauh, hanya balik menziarahi ibu bapanya pada hari-hari di hujung minggu. Lawatan saya ke rumahnya mendapati, kakinya, terutama di bahagian buku lali dan jejarinya sudah merening kerana bengkak.
Saya pelawa untuk datang ke rumah, untuk terapi. Percuma, kerana beliau adalah sepupu saya. Anak kepada abang emak saya. Namun, saya diberitahu bahawa dia sudahpun cuba menjalani terapi yang dikatakan terapi elektrik juga, selama 3 bulan di Parit Raja Batu Pahat. Namun tiada hasil yang diharapkan, katanya.
Perbincangan kami berdua, akhirnya membuat dia akur untuk mencuba. Pada pagi Sabtu dia datang dengan diusung masuk ke kereta oleh anak dan menantu lelakinya. Beliau menjalani terapi selama 1 jam pagi itu. Petangnya, beliau datang sekali lagi, dan menjalani terapi selama 1 jam lagi. Selepas 2 jam terapi, dia merasakan seperti ada sedikit kemajuan, lalu pada hari berikutnya, Ahad, sebelah pagi, beliau minta dihantar sekali lagi. Maka beliau telah menjalani terapi selama 1 jam lagi.

Amat mengejutkan, pada petang hari yang sama, beliau telah datang sendiri dengan memandu kereta Kancilnya. Walaupun dalam keadaan bertongkatkan kayu batang penyapu, namun jelas, beliau telah mengalami perubahan yang sangat menakjubkan. Beliau sudah mampu berdiri dan berjalan sendiri. Ketergantungannya kepada anak dan menantu lelakinya sudah berakhir.