Selasa, 21 Julai 2009

Testimoni 3: Macam orang bisu

Ain, 14 tahun, anak saudara saya sendiri. Tanpa disedari oleh ibu bapanya bahawa anak daranya ini sebenarnya mengalami masalah. Namun sebagai ayah dan ibunya, sedar, Ain, anaknya ini seperti tidak pernah berpeluh, dan tempoh haidnya juga terlalu panjang. Itulah yang diberitahu kepada saya.

Atas sebab-sebab itu, maka dicubanya berterapi, setiap kali datang bertandang ke rumah. Namun sesi terapinya tidak tetap, hanya bergantung kepada kekosongan mesin terapi yang ada. Mesin terapi ini memang saya sewakan kepada yang berhajat, dengan mengenakan sedikit bayaran.

Setelah 2 minggu menjalani sesi terapi secara sambilan ini, suatu hari ibunya terkejut bagai tidak percaya, apabila didapatinya anaknya seperti seseorang yang lain. Ain yang dianggapnya oleh ibu bapanya sebagai seorang anak yang pendiam, telah berubah menjadi seorang anak yang banyak cakap. Namun ibu bapanya masih belum dapat menerima hakikat itu.

Hajatnya, mereka menyuruh anaknya menjalani terapi untuk tujuan masalah yang tersebut di atas tadi, iaitu masalah tidak berpeluh dan tempoh haidnya yang panjang itu tidak menarik perhatian mereka lagi. Mereka masih memikir-mikirkan fenomena baru yang terjadi.

Untuk kepastian, saya bertanyakan pelbagai masalah. Antaranya, yang saya perlu fokuskan ialah betulkah cerita ini? Dari cerita ibu bapanya, Ain memang sejak kecil lagi, tidak banyak bercakap. Misalnya, dalam kereta, anak bongsunya, Didi, 8 tahun, seorang sahaja yang banyak bercerita dan banyak tanya, sementara Ain hanya pasang telinga. Ayahnya, seorang juruteknik di sebuah kilang elaktronik di Batu Pahat, rajin berkebun pada waktu-waktu petang. Ain, walaupun perempuan, sering juga membantu ayahnya mengutip buah kelapa sawit yang lerai. Sepanjang ia membantu itu, memang tidak bercakap. Dia menurut sahaja arahan ayahnya, tanpa sepatah kata, hingga kerjanya selesai. Begitulah pendiamnya Ain ini.

Setelah anaknya mengalami perubahan tersebut, barulah ibunya pecah rahsia. Ceritanya, sewaktu Ain masih berumur sekitar hampir 1 tahun, dia pernah terjatuh dan kepalanya terhantuk ke batu, sewaktu mengikut ibunya mengangkat kain di jemuran di luar rumah. Lukanya tidak membimbangkan. Ibunya tidak pula ambil pusing juga.

Bagi saya, Ain telah mengalami gangguan saraf di kepalanya, yang menyebabkan dia kurang bercakap. Jadi dengan menjalani terapi ini, dia telah pulih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan